PUTRAJAYA: Bilangan penganggur pada Oktober menurun kira-kira 0.5 peratus kepada 570,900 orang berbanding 573,700 orang pada bulan sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM dalam kenyataan berkaitan Statisik Tenaga Buruh Malaysia Oktober 2023 hari ini memaklumkan kadar pengangguran pada Oktober kekal pada 3.4 peratus seperti dicatatkan September lepas.
Mengulas lanjut mengenai situasi pengangguran pada Oktober, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, merangkumi 80.1 peratus daripada jumlah penganggur.
"Kategori ini turun sebanyak 0.4 peratus merekodkan 457,200 orang berbanding bulan sebelumnya iaitu 458,900 orang.
"Dalam kalangan penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 61.6 peratus, sementara mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun adalah 6.2 peratus.
"Begitu juga mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif berkurang sebanyak 0.9 peratus atau 113,800 orang berbanding September yang mencatatkan 114,800 orang," katanya.
Mohd Uzir berkata pada Oktober, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun adalah 10.7 peratus atau 313,300 orang berbanding September yang mencatatkan sebanyak 10.6 peratus atau 310,100 orang.
Kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 30 tahun turun sebanyak 0.1 mata peratus kepada 6.6 peratus atau 439,600 orang berbanding 6.7 peratus atau 440,000 orang pada September, katanya.
Menurutnya, bagi bilangan luar tenaga buruh pula menurun sedikit iaitu sebanyak 0.02 peratus kepada 7.24 juta orang berbanding 7.24 juta orang pada bulan sebelumnya.
"Komposisi terbesar bagi luar tenaga buruh adalah disebabkan oleh kerja rumah atau tanggungjawab keluarga sebanyak 42.6 peratus dan kategori bersekolah atau latihan sebanyak 40.9 peratus.
Mengulas prestasi keseluruhan bagi Oktober, beliau berkata pasaran buruh pada Oktober 2023 terus mengukuh berikutan aktiviti ekonomi semasa yang menggalakkan, dengan peningkatan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala pengangguran semakin berkurangan.
Oleh itu, katanya bilangan tenaga buruh berada pada trend meningkat pada Oktober 2023, dengan pertambahan sebanyak 0.1 peratus bulan ke bulan yang mencatatkan 16.97 juta orang berbanding 16.95 juta orang pada bulan sebelumnya.
"Kadar penyertaan tenaga buruh pada Oktober 2023 tidak berubah iaitu pada 70.1 peratus seperti pada bulan sebelumnya," katanya.
Seterusnya, beliau berkata bahawa bilangan penduduk bekerja pada Oktober terus meningkat dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.2 peratus yang mencatatkan 16.40 juta orang berbanding bulan sebelumnya iaitu 16.38 juta orang.
Mohd Uzir berkata berkata ekonomi Malaysia dilihat bersedia ke arah prospek ekonomi yang lebih baik pada masa hadapan, dengan keyakinan perniagaan yang meningkat dan mencerminkan perniagaan terus berkembang.
Beliau berkata pertumbuhan tersebut disokong pasaran buruh yang semakin baik, permintaan domestik yang meningkat, peningkatan aktiviti pelancongan dan pelaksanaan projek infrastruktur, yang seterusnya akan meningkatkan peluang pekerjaan.
"Pasaran buruh negara dijangka terus berada dalam momentum pertumbuhan stabil pada bulan-bulan berikutnya, walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mungkin mencabar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Kadar pengangguran di Malaysia pada Oktober kekal pada 3.4 peratus seperti dicatatkan September lepas. - Gambar hiasan
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.
Jumlah penganggur dalam negara menurun, pasaran buruh kekal trend naik pada Jan 2024 - DOSM
Pasaran buruh negara kekal naik selari dengan kedudukan ekonomi negara yang meningkat dan sejajar perkembangan ekonomi global.
Kadar pengangguran Malaysia kembali ke paras prapandemik pada November 2023
Kadar pengangguran di Malaysia pada November 2023 telah kembali pada paras prapandemik iaitu 3.3 peratus dengan 569,200 penganggur, berbanding 3.4 peratus dicatatkan pada Oktober.
Kadar pengangguran Malaysia turun ke paras prapandemik COVID-19
Pasaran buruh negara menunjukkan momentum pertumbuhan yang stabil untuk tempoh 11 bulan pada tahun 2023.
Gaza hilang 66 peratus pekerjaan
Gaza kehilangan hampir 66 peratus pekerjaan sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Okt, menurut data Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) pada Rabu.
Bilangan penganggur terus menurun pada Oktober - DOSM
Kadar pengangguran pada Oktober kekal pada 3.4 peratus seperti dicatatkan September lepas.
Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.
Kadar pengangguran negara terus menurun - Sivakumar
Kadar pengangguran negara terus menunjukkan trend penurunan apabila mencatat 3.5 peratus pada suku pertama 2023.
Bilangan penganggur menurun pada Julai - DOSM
Bilangan penganggur pada Julai menurun sebanyak 0.4 peratus kepada 579,200 orang berbanding 581,700 orang pada bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
NGO, badan korporat bantu kerajaan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah
Antara yang boleh dilakukan ialah program bimbingan meningkatkan kemahiran dan kursus keusahawanan yang sesuai dengan kehendak pasaran.